Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53

Hello Members Sekelian,

Hari ini 31 Ogos. Pada hari ini juga kita mengistiharkan kemerdekaan negara kita dari kerajaan British 53 tahun yang lepas. MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA telah dilaungkan oleh Perdana Menteri kita yang pertama YTM Tunku Abdul Rahman Putra AHaj.
Semoga kita kekal dengan sumpah itu secara mental dan fizikal. Insyaallah.
Salam.

Setiakawan Menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh Semangat dan penuh Bangga.




Tuesday, August 24, 2010

SETIAKAWANGOLF RANKING SEHINGGA OGOS 2010



Hello Members Sekelian,
Harap harap semua nya dalam keadaan sehat dan sejahtera. Oleh sebab tak bermain golf saya jangka ramai yang mengikuti pertandingan golf yang diadakan sekarang ini. Wyndham Championship baru selesai. Arjun Atwal dari India telah memenangi nya.
Syabas kepada dia. First time dia masuk dan dapat champion. Czech Open ditahap D4. Jeld Wen Championship pun baru selesai. Fred Funk menjuarai nya.
Kita Cuma boleh bertumpu kepada perubahan ranking kita. Terawal saya telah poskan ranking kita bagi bulan Ogos. Yang mendahului ialah Rosli Deli. Tapi bagi keseluruhan nya dia kebawah. Takpe, masih ada masa untuk membaiki kedudukan. Kali ni yang mendahului keseluruhan ialah Mej Rustam. Yang kedua Dato K. Dia berdua ni berubah ubah tempat nampaknya. Kalau mengikuti FedEx Cup pula, Ernie Els mendahului dan yang Top Ten ialah saperti berikut:

Dipamirkan dibawah ni kedudukan keseluruhan sehingga bulan Ogos 2010.





Diatursusun oleh:









Salam

Setiakawan Masih Berpuasa

Hayati Petikan Mekah In The Future



Monday, August 23, 2010

HANDICAP SEPTEMBER 2010


Hello Members Sekelian,
Terdahulu saya telah poskan handicap bulan Ogos dan memaklumkan bahawa handicap itu juga akan digunakan untuk bulan September. Rupanya tak bagitu. Ini Panglima Handicap telah membetulkan saya. Handicap bagi bulan Sertember adalah saperti dipamirkan dibawah. Yang jelas dia memaklumkan bahawa handicap TSHM, Dato Isa dan Hj Rahim telah dibaiki. Sorry lah Tan Sri, Pete dan Mike Weir. Kena tanggung lah handicap baru tu.
Yang lain, nampaknya kekal buat masa ni.







Di atursusun oleh:













Salam.

Setiakawan Dapat Handicap Baru Lagi.

Sunday, August 22, 2010

SETIAKAWANGOLF RANKING BULAN OGOS 2010

Hello Members Sekelian,
Dipamirkan dibawah ni, Rankings kita bagi bulan Ogos 2010. Pada bulan ni kita sempat mengaturkan 2 kali permainan saje iaitu pada 4 dan 9 Ogos. Kita mula berpuasa pada 11 Ogos. Jadi tak dapat lah mengadakan permainan lagi sehingga lepas Raya nanti. So, kalau nengok ranking bulan Ogos ni, mereka yang bermain 2 kali lah yang mendahului. Nombor 1 hingga ke nombor 8. Kali ni yang nombor 1 ialah Rosli Deli. Syabas Geng. Dia dapat nombor 3 pada 4 Ogos dan nombor 10 pada 9 Ogos. Jumlah points, 78. Dia dikuti oleh Mej Rustamdengan dan Mej Ismail Hassan dengan 62 points. Member yang bermain sekali dan terbaik ialah Mohd Nazri dengan 50 point. Dia dapat nombor 1, tetapi oleh sebab dia bermain sekali je mendapat nombor 9. Ranking terakhir ialah nombor 40. Ingatkan kesemuanya tak bermain langsung. Tak juga.
Seramai 6 member bermain 1 kali tapi tak dapat point. So, 0 point. Seramai 81 members kesemuanya.





Diatursusun oleh:













Ini baru ranking bagi bulan Ogos je. Keseluruhan bagaimana? Itu kena tunggu postings berikut nya.
Salam

Setiakawan Tak Sabar Meneruskan Weekly Outings kita.




ps: Sementara tu, ikuti Wyndham Championship yang sedang berlangsung diSedgefield Country Club di Amerika Syarikat.
Sebelum buka Puasa, dendangkan lagu ni kepada Yang Tersayang.


Saturday, August 21, 2010

HANDICAP BAGI BULAN OGOS/SEPTEMBER 2010

Hello Members Sekelian,
Saya harap semua masih tekun berpuasa. Dijangka tak de lah bermain golf pada bulan ni melainkan ke Driving Range. Tak juga. Baru malam Majlis Berbuka Puasa kita diDE Palma Hotel, terdengar ada yang telah membuat arrangement dengan kawan dia untuk berentap di Tasik Puteri pada hari Ahad 22 Ogos 2010. Laa. Kuat nya dia. Maklumlah bulan Ramadhan, bukan saje lapar tak makan, terpaksa menghindar diri dari kebiasaan saperti meminum bila dahaga, tak boleh merokok kepada mereka yang merokok, ringan ringan dengan caddy pun tak boleh. Nak mencarut pun tak boleh, jauh nak 3-1-1. Memang dugaan yang bagitu besar. Memang terra lah awak Aziz Norman. Kote celah celah tu ada juga tak tahu lah kita.
Anyway, oleh sebab ada yang bermain, maka dia kena ikut handicap yang baru lah. Dipamirkan handicap terbaru untuk diguna bulan September. Kalau ada juga yang main pada bulan Ogos, kena guna handicap ni juga.








DisusunAtur Oleh













Salam.

Setiakawan Berehat Sebulan

ps: Dalam bulan puasa ni kena senyum sikit Bro. Ikuti sehingga 'Celaka Punya Penyamun. SSiiiaaalll!'


Friday, August 20, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA SETIAKAWANGOLF DI HOTEL DE PALMA PADA 19 OGOS 2010

Rancangan Majlis Berbuka Puasa ni dah lama dirancang. Kalau tak silap pada hari pertama berpuasa RHM dah menyebarkan maklumat bahawa majlis kita ni akan diadakan pada 19 Ogos iaitu hari Khamis. Berikutnya ada juga dia mengemaskinikan kedudukan kedatangan. Mula mula lembab, lepas tu memberansang melainkan berita pada tengah hari memaklumkan, ’yesterday 3 withdrawals. Able to resolve amicably’. Amicably tu mana nya secara harmoni. Saya harap bagitu lah. Tanpa kos.
Saya tak sabar nak ke De Palma. DiAmpang. Saya diPJ. Takut juga terlewat. Tak mau pulak terlalu awal. Kena mengkaji 'time and space’. Sejak bulan puasa ni perjalanan lalu lintas diLembah Kelang berterabur dan tak boleh diagak saperti dibulan bulan lain. Tapi nasib baik ada lebuhraya baru, DUKE atau Damansara Ulu Klang Expressway. Cuma kena bayar jumlah RM 3.50. Berlepas jam 6.45 dan sampai dihotel pada jam 7.15. OK lah tu.
Selepas parkir kereta, masuk kehotel. Dihias indah. Macam suasana Hari Raya. Pergi kemeja Pendaftaran. Bila dimaklum saya dalam Setiakawan saya diunjuk ketangga menghala keatas. Tingkat Satu. Sampai ditingkat tu, kelihatan gerai gerai. Ada MakIzah dan Mak Yah. Macam suasana diperkampungan.
Dikawasan foyer tu kelihatan gerai gerai lain. Masuk kedalam. Meja meja bertanda. Kelihatan Setiakawan label. Kelihatan member member lain. Mula mula nampak Kol Mutalib. Selepas bersalaman saya komen ‘Slim nampak’. Ia lah bulan puasa. Kita tengok dia selepas Raya nanti. Berjumpa dengan yang lain. Seronok berjumpa kerana rindu kepada kawan. Rupa berbeza sikit dari dipadang golf. Disana hampir semua pakai cap golf. Disini ramai pakai kopiah. Maklumlah ramai dah menunaikan fardu Haji. Ramli Kinta baru pulang dari umrah. Selepas bersalaman peluk dia kuat kuat. Harap dapat berkat. Bersalaman dengan Dato Presidente, Timbalan Presidente dan Penaung kita. Dimeja tu kelihatan Dato K, Hj Rahim, Dato Daud dan Dato Mohd Isa. Dimeja lain kelihatan member yang dah lama kita tak jumpa. Orang Tepeng. Kelihatan juga Dato Zainal, Dato Yunus Long, Dato Amir, Dato Affendi.. Di meja saya,
Mej Ismail T dan isteri, MJHim dan keluarga serta Aziz Norman dan isteri. Kaum Ibu duduk sekumpul dimeja berasingan.
Apabila azan berkumandang, kita pun memulakan berbuka puasa. Selepas memulakan dengan buah tamar, saya mula mencari hidangan. Dalam meninjau, ternampak kambing panggang. Disitu saya tuju. Bagusnya hotel ni ialah pinggan hidangan nya kecil kecil. Ada hikmah nya. Kita
tak akan ambil terlalu banyak dan dengan itu juga boleh merasa banyak lagi juadah juadah yang lain. Sempat juga bertanya pengurus disitu, berapa banyak hidangan nya. Dia kata 102. Kalau gitu hidangan nya lebih hebat sebab di Dewan Perdana FELDA terdapat hanya 82 hidangan. Club 12/68 telah mengadakan majlis yang sama pada 17 Ogos disana. Bila ditanya yang mana sedap, saya menjawab, semua nya hebat. Maklumlah orang lapar, semua nya sedap.
Dalam kita menjamu selera tu, kita dihibur dan di dendang oleh satu kumpulan nasyid. Lepas tu kumpulan gazal Seri Kencana. Dicelah celah tu, staf DePalma telah mengendalikan acara selingan dengan memanggil tetamu keatas pentas. Mereka ditanya dan sekiranya menjawab dengan betul akan dapat hadiah. Bila dicabut nombor meja 46, kena meja kami. Saya kena naik. Ditanya nama kumpulan ghazal yang mengiringi kami, dan oleh sebab siberi petunjuk, dapatlah saya jawab. Hadiah nya ialah, complementary stay diDePalma Hotel selama 2 malam. Terima Kasih DePalma.
Lepas tu ada hiburan. Aziz Norman dijemput kepentas dan mendendangkan sebuah lagu asli. Sedap bunyi nya. Lepas tu isteri presidente kita dijemput untuk menyampaikan sebuah lagu. Dia dipimpin kesana. Rupanya Datin baru keluar hospital dan masih uzur, tetapi supaya tidak
menghampakan tetamu dia menyanyi jugak. Lagu Selendang Sutera. Saperti saya sebut dalam blog terdahulu, suara nya masih saya kategorikan sebagai the Golden Voice. Itu tak sihat tu. Thank You Datin.
Selesai acara semua kita mula meminta diri untuk pulang kerumah. Ada juga mengikuti terawih ditempat yang disediakan.
Kami bersurai dalam jam 9.00 malam.

Salam.
Setiakawan Berjumpa DiDePalma Hotel.