Saturday, February 26, 2011

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN MARCH 2011

Hampir lupa lak. Bahawa bulan Februari ni hanya 28 hari. Lepas ni bulan March. Kena lah ada handicap yang baru. Saperti semua members maklum, handicap kita dikira mengikut penyesuaian (average) kepada 3 score terbaik dari 10 permainan yang lepas. Selagi 3 score terbaik itu diambilkira, selagi itu lah handicap kita tidak akan berubah. Kalau lah kita bermain lebih baik, maka handicap kita mungkin berubah tetapi menurun makin rendah. Kalau kita main teruk, melambung score berapa tinggi pun, selagi 3 score terbaik tu tak disingkir keluar dari 10 permainan terakhir, selagi tu lah handicap kekal. Saya ada perhatikan ada member yang mencapai nett melebihi century, menenung Panglima Handicap kita mengharap supaya handicap dinaikkan, tetapi beliau buat dak je. Kelohan ni akan berterusan, tetapi saya yakin sistem yang kita ada ini adalah terbaik. Ianya teratur, tersusun dan konsisten.
Anyway, dipamirkan dibawah ni handicap masing masing.







DiConggak Oleh:












Nampaknya kita ada 9 single handicapper, 82 teens handicapper dan 27 twenties handicapper . Yang twenties tu memang nak ke teens dan harap harap yang teens tu akan mencuba ke single handicap. Saya rasa ada juga yang menjururawat (nursing) handicap mereka. Itu terpulang kepada pendirian masing masing. Banyak konfigurasi yang perlu dipoertimbangkan apabila berbuat demikian.
Salam.
Setiakawan Ada Handicap Baru.





PS: Pas ni Ranking Lak. Standby.

Friday, February 25, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DITASIK PUTRI GCC PADA 23 FEBRUARI 2011





Mengikut SMS RHM pada malam 22 Feb, Got 8 full flights. Kali ni 32 pemain kurang sikit dari diNilai Spring pada minggu sabelum ni. Tapi masih ramai. RM 110 termasuk sarapan dan makan tengah hari. Caddy tanggung sendiri. Bulls Eye tambah RM10. Mengikut RHM The rollover untuk Bulls Eye ialah RM 960. Kalau dicampur dengan kutipan pada hari tu kalau 30 orang masuk, tolak 30% jumlah nya ialah RM 1170 ( 960+ (300-90))Dah besar jumlah Bulls Eye kita. Tertarik juga. Kalau tak masuk, selamat RM 10 tetapi hilang peluang memenangi RM 1170. Nampak nya terpaksa masuk.
Sampai diclubhouse, tak kelihatan pun member Setiakawan. Nampak juga beberapa golfers yang tak dikenali. Dalam hati, ini mungkin member baru. Rupanya kita bersarapan di Bilik Puteri. Dewan ni dikhaskan untuk Setiakawan. Sarapan yang tersedia ialah nasi lemak.
Ada tambahan rendang ayam. Berlainan sikit dari KGSAAS dahulu. Disitu breakfast Mat Salleh. DiTPGCC ni typical Malaysian breakfast. Sempat juga diperkenalkan kepada Pengiran Kamarul.
Dia dikenalkan oleh Dato Shafiee. Dato ni pun lama menghilang. Banyak berada diBrunei kot.
Lapan flight, 4 diFirst Nine dan 4 di Second Nine. Saya digandingkan dengan Tan Sri Nik Ismail ( 8 ), Dato Amiruddin (10) dan Rosli Deli ( 24). Bagus juga bermain dengan low handicapper ni. Kurang kurang nya kita boleh pelajari dari kebolehan mereka.








Partnership pun senang. High and Low. Saya partner Dato Amiruddin. Kebelakangan kelihatan Dato Amir ni dah bermain ditahap lama nya.
Memang baik. Tan Sri Nik pula claim sakit belakang. Dia ada pakai macam corset. Kira nya cedara lah dia. Kalau main tak bagus adalah excuse. Nampak pukul kuat juga. Dia dengan Dato Amir tu bersilih ganti pukulan jauh. Saya dan Rosli Deli ikut dari belakang je. Macam Rear Party lah. Flight depan kami ialah DNA, Pengiran Kamarul, BG Rahman J dan Dato Shafiee, sementara flight



dibelakang ialah Dato Mohd Isa, Kol Abdullah Khir, Capt Rashid dan Kol Shahidan. Flight ni memang yang kukuh. Terra tera semua.
Cuaca elok (tak hujan lah tu walau pun panas terik) tetapi keadaan course nampak kurang kemas. Diatas green terutama nya berpasir. Tahu lah ini untuk memantapkan green green tu tapi ia menggangu putting kita. Tak ‘smooth’. Saya jangka akan memakan masa sikit untuk keadaan pulih. Lubang untuk Bulls Eye ialah diLubang 14, 2nd Nine. Lubang yang perlu melintasi air. 145 meter. Dilubang tu saya dan Dato Amir dapat memukul bola keatas green, tapi tak kesampaian
kegarisan Bulls Eye. Apa bila sampai ke green bila disemak, dah ada satu nama. Nampaknya tak dapat lah kami RM 1170 tu.
Kebelakangan ni makin bertambah penyertaan members kita. Bagus lah tu. Nampaknya permainan Setiakawan pada tiap tiap hari Rabu dapat menarik pengemar golf.
DiHalfway Hut antara Lubang 1 dan Lubang 10, terjumpa dengan Flight No 6.
Kami dimaklumkan ada sorang lagi mendapati Bulls Eye tu. Nampaknya kena bagi 2 lah kumpulan wang tu. Berconggak sikit. RM 1170 bagi 2, jadi RM 585 sorang. Walau pun terlepas peluang dalam hati saya ucapkan tahniah. Kurang kurang nya tak perlu menunggu pemenang lagi. Dah ada dah. Untuk Bulls Eye, kena mula baru lah Nampak nya.
Selesai bermain, kami mandi dan bersiap untuk makan. Tempat makan masih di Puteri Hall.
Hidangan kita ialah nasi goring, mee hoon goring dan kari ayam. Simple je.
Tak mahu comment sangat tentang menu makan sebab nak murah dan simple maka itu lah kita dapat.

Pembahgian hadiah di acarakan oleh Ramli Kinta, macam biasa. Pemenang pemenang pada hari tu adalah saperti dipamirkan.

Champion pada hari tu ialah Kol Affendi Mustapha. Wah dah menyerlah kembali dia. Nett 65, 7 under. Dua minggu lepas apabila dia muncul setelah sekian lama menghilang, dia ada menyebut – ‘I Have Returned’. Bunyi lebih kurang macam Mac Arthur je. Dan terbukti – ‘he has returned – to his winning ways’. Dia pernah menjuarai Setiakawan Annual Championship pada tahun 2006 dulu. Well Done Saudara. Hadiah, selain dari RM 50 yang dimenangi nya ialah ‘Potong 3 Stroke’. Sekarang bermain di handicap 18 lak. Deputy Champion kita ialah Captain kita, Dato Nawi Alias. Main net 68, 4 under. Dapat juga hadiah. Potong 2 stroke. Baru nak lega bermain handicap 15, dah kena turun ke 13 lak. Mengeloh lagi nampak nya. Tapi kalau bermain standard ni handicap 13 tak de masaalah. Afterall on a gross 83 it would still be an under game at net 70. Mudah mudahan kekal. Ada 2 pemain lagi kena potong handicap. Sorang tu member lama kita Dato Yunus Long, kena potong satu stroke. Sorang lagi, member baru kita dari Brunei.

Starting bermain di handicap 13, dah kena main handicap 12 lak bila kita berjumpa lagi. Tak pe Pengiran, handicap baru ni untuk permainan dengan kami diSetiakawan je. Pulang ke Brunei nanti, boleh lah bermain handicap 13 semula. Anyway Selamat datang dari kami dan mudah mudahan ada peluang bermain sekali pada masa akan datang. Kali ni semua pemenang hadiah bermain under. Memang terra lah Setiakawan members ni. Course bukan lah mudah sangat. Lain kali kita cuba 3rd Nine lak. Boleh dapat keputusan sama tak.




























Tak di masukkan sekali ialah pemenang Bulls Eye pada hari tu ialah Dato Yunus Long.

Tahniah Dato. You are now RM 1170 richer.
Kita selesai dalam jam 3.30 petang dengan janji akan berjumpa lagi pada 02 Mac nanti. Sementara tu berlatih lah kuat kuat.
Salam.
Setiakawan bersiap Untuk ke SENAT di Johor lak.

Tuesday, February 22, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DINILAI SPRING PADA 16 FEBRUARI 2011


Mengikut SMS RHM pada malam 15 Feb, Sir Got 9 full flights. Wah 36 pemain pada hari tu. Kebelakangan ni makin bertambah penyertaan members kita. Bagus lah tu. Nampaknya permainan Setiakawan pada tiap tiap hari Rabu dapat menarik pengemar golf. Kalau nengok senarai terdapat member baru. Satu ialah Razak Yahya. Dia diperkenalkan oleh Kol Affendi Mustapha.



Senang kenal sebab ‘introducer’ mengenalkan kepada kebanyakan kami semasa bersarapan. Terdapat juga nama baru, Rahman The. Saya harap betul ejaan nama nya. Kalau silap mintak maaf lah Saudara Rahman.
Nilai Spring memang satu daripada course yang kita suka. Kali ini disarapan telah dimaklumkan lebih awal lagi, sarapan tanggung sendiri. Kita membayar kepada RHM RM 110 dan saya tambah RM 10 lagi untuk Bulls’ Eye. Pada masa tu kalau dapat Bulls’ Eye sekurang kurang nya RM 890. Itu belum masuk kutipan pada hari tu. Saya menconggak, kalau 30 members menyertai, RM 300. Tolak 30% untuk kelab, masih ada RM 210. Campur RM 890 jadi RM 1100. Wah banyak tu. Siapa sahaja yang menyertai layak menangi jumlah itu. Dalam hati, mesti cuba sebaik mungkin.
Kita bermain diMango dan di Pines.


Island Nine tutup. Lima flight bermula di Mango Nine dan empat di Pine. Mango Nine ni, starting starting je, kena jangkau parit. Jauh lak. DiPine pun bagitu, tapi parit nya jauh. Tak mungkin sampai, melainkan mungkin Capt Rashid kita. Celah celah bermain tu Nampak juga flight yang lain. Seronok bila kita bermain ‘amongst friends’. Saya satu flight dengan Tan Sri Hashim Meon (19),










Dato Khairuddin (24) dan Mej Sardon K (18). Saya 24, partner dengan Mej Sardon. Kira Johor lawan Negri Sembilan. Mencabar juga.




Kami selesai bermain pada jam 1.15 lebih kurang.
Makan Tengah Hari diatur di Mc Donald diNilai.








Ingatkan nak tukar selera, rupanya restoran yang selalu pegi tutup disebabkan kematian tuan punya kedai malam sabelum tu. Terpaksa lah kita berpuas dengan double cheese burger, chicken nugget, fries dan minuman. Ok juga lah tu. Yang elok nya, kita dapat bilik yang dikhaskan pada kita.
Senang lah sikit untuk berucap dan acra pembahgian hadiah. Selesai makan Ramli Kinta pun mengacarakan acara itu. Pemenang pada hari itu adalah saperti dipamirkan:

Nampaknya Mohd Nazri menyerlah lagi. Minggu lepas dia champion, minggu ini dia champion lagi. Memang terra dia. Dato Amirrudin ialah Deputy Champion. Nampaknya dia dah mula timbul semula dan memenangi hadiah. Member baru Razak Yahya champion B medal. Ini kita kena tengok handicap dia sekali lagi. Tapi dia net 72. Par golf. Kira OK lah tu. Kepada yang menang kami ucapkan Tahniah..
Walau pun kita patut ada 9 full flight, iaitu 36 pemain, rupanya ada yang menarik diri pada saat saat akhir. Penarikan sedemikian menyukarkan Convenor yang perlu mengubahsuai, terutamanya bayaran yang perlu ditanggung oleh sebab kekurangan saorang pemain tu.
Bermakna kita membayar untuk satu flight tapi hanya 3 orang bermain. Bayaran tambahan terpaksa ditanggung oleh members lain. Lagi pun, flight tu kurang satu pemain. Kalau dimaklumkan lebih awal, mungkin boleh cari ganti. Kurang seronok lah.







Salam.
Setikawan Ke Tasik Putri Lak.