Monday, May 30, 2011

SETIAKAWANGOLF HANDICAP UNTUK BULAN JUNE 2011


Hello Members Sekelian,
Hampir lupa. Dah penghujung bulan Mei 2011. Dah nak bergerak ke Ho Chi Minh City. SIM HCMC ditanding pada 1 dan 2 Jun. Handicap masih belum ada. Camna?
Dipamirkan handicap untuk bulan Jun 2011.



Yang saya lihat Dato Khalid dah 14. OK ke tu Squad? MJHim juga dah ke 22. Dato Amiruddin pun dah bergerak ke 8. Bagitu juga Kol Abdullah Khir. Saya improve satu. Dari 27 ke 26. Convenor kita RHM ke 22 lak. Ingat turun ke 20. Nampak nya kena tunggu bulan depan lak.
Salam.
Setiakawan Dengan Handicap Baru nya. Biarkan, Biarkan.

Friday, May 27, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BANGI GOLF RESORT PADA 25 MEI 2011



Hello Members Sekelian,
Saya tak dapat bermain pada hari Rabu lepas sebab terpaksa balek kampung. Ahli keluarga tak sihat. So, kali ni tak de gambar. Yang ada ialah keputusan yang dikirim oleh Panglima Handicap kita, Dato Amin Salleh. Dipamirkan dibawah ni keputusan nya.


Nampak nya Mantan PT mengondol kejuaraan kali ini. Tahniah kepada member saya Dato Ismail Hassan yang menjadi Champion. Tahniah juga kerana kena potong handicap. 2 stroke lak. Dia memang terra. Dari dulu lagi. Tiap kali dia hadir dia akan menang hadiah. Saya dah bersedia nak satu flight dengan dia. Terpaksa tangguh. Next Time Dato. Tan Sri Nik tu, as per normal. Dia boleh tetapkan, nak nombor 1 ke nombor 2 ke semasa pertandingan. Saya kira dia bagi chan kat Mantan PTD. Mantan PTL yang ada pun, entah kemana pegi.
Lepas ni saya akan poskan rankings dan juga handicap terbaru, maklumlah nak bertarung SIM di Ho Chi Minh City kenalah handicap yang secocok dengan permainan kita.
Salam.
Setiakawan Akan Ke Ho Chi Monh City, Vietnam.





Friday, May 20, 2011

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DIKELAB DARUL EHSAN PADA 18 MEI 2011

Tak penah penah kita dirancang main di Kelab Darul Ehsan diAmpang pada 18 Mei ni. Ia lah diKlL tepai kelab tu 9 lubang je. Tak de caddy lak. Berat juga mula mula nak main, tapi tertarik juga kepada kelab yang tak penah kita cuba. Sebab sebenar ialah Deputy President cum Captain, Dato Nawi Alias, menjemput kita kerumah nya untuk makan tengah hari. Satu cara ialah selepas bermain golf mingguan kita. Course yang berdekatan dengan rumah nya ialah Kelab Darul Ehsan. Ada juga tinjauan dilakukan oleh beberapa ahli pada 13 Mei. Hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat. Dengar cerita ada 2 flight. Kira nya course serta aturan yang dipersetujui diterima, maka maklumat disebar kepada members untuk kesana pada 18 Mei.
Menggagau juga nak cari Bag Drop. Lepas bertanya baru jumpa. Kena angkat beg sendiri ke rak yang disediakan. DiCafeteria (warong lah tu) members berkumpul dan bersarapan.

Kopi, cheese sandwich dan karipap. Simple je. Nampaknya terpaksa cover semasa lunch nti. Mengharap Datin Mani prepare banyak lauk.
Kita ke buggy, beratur dan dari situ di tunjuk ke tee box yang kita patut tee off.






Flight saya, Dato Amiruddin (9), champion SENAT 4/2011, Kol Razaki (15), Mej Rustam (15)dan saya (24). RHM mengatur sedemikian supaya saya boleh belajar dari mereka mereka ni. Memang terra belaka depa ni. Ingat shot gun start ni, licin lah perjalanan kita. Tak juga. Rupanya ahli kelab sana dah memulakan permainan lebih awal lagi.

Kita terpaksa akur akan keutamaan yang diberi kepada pemain yang sedang bermain. Marshal menyatukan perjalanan permainan kita dengan menyelang yelikan kita dan mereka.


Course nya cantik tapi tight. Sempit lebih sesuai untuk menerangkan. Pemandangan sepanjang jalan cantik. Ada apartment tinggi, ada tempat yang orang Ampang baki makanan kepada hidupan liar. Pemandangan tercantit ialah sebuah masjid dicelah rimbunan pokok.




Walau pun cuaca redup, tapi bahang. Takde angin langsung. Peluh menyimbah yimbah.
Menengokkan Dato Amiruddin dan yang 2 lagi bermain memang suatu kepuasan. Maklum handicap masih 24. Ada juga Bulls Eye, tapi ‘eye’ nya terlalu kecik kalau membezakan dengan apa yang kita biasa.


Mengikut cerita takde siapa yang dapat. OK. Hadiah akan snowball. Pada awal lagi MJHim telah mencanang perubahan handicap nya dari 24 ke 22. Saya dan beberapa member lagi kekal ditakok lama. Terpaksa lah ucap tahniah kepada nya. Yang berat saya terima, dia akan beri saya 2 stroke. Sudah tentu dia akan exploit kekurangan saya tu.
Kita selesai bermain lebih kurang jam 1.30. Terpaksa mandi disebabkan terlalu panas dan juga akan kerumah DNA. Kalau bau hari, nanti Datin Mani tak bagi masuk rumah lak. Sampai dirumah DNA, hampir kesemua member dah ada disana.
Hidangan yang disediakan adalah berbagai jenis dan banyak. Tak tau lak apa nak ambik. Memang sedap, memang lazat, ikut hati nak makan semua. Manisan lak, pulut durian. Penutup nya kopi. Memang tak rugi bertungkus lumus dipadang tadi. Pulangan nya ialah hidangan makan Datin Mani special. Terima kasih Datin. Bila lak kita boleh atur main golf kat Kelab Darul Ehsan lagi. Terima Kasih Daun Keladi lah tu.
Acara pembahgian hadiah diadakan selepas tu. Kol Mutalib mengacarakan. Pemenang pemenang kita pada hari tu adalah saperti dipamirkan:






Daripada Dato Presidente dan semua members, kami mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Dato Nawi dan Datin Mani yang dengan murah hati telah mempelawa kami kerumah serta menjamu selera. Semoga Dato, Datin dan keluarga sentiasa dirahmati Allah dan direstui dengan kesempurnaan dan kebahgiaan hidup.











Salam.
Setiakawan Dah Takluk Kelab Darul Ehsan