Monday, September 26, 2011

Friday, September 23, 2011

SEBTRO PRACTISE ROUND DIKELAB RAHMAN PUTRA MALAYSIA PADA 21 SEPTEMBER 2011




Kita telah putuskan supaya SetiakawanGolf Bogey Play Trophy atau SEBTRO bagi tahun 2011 akan di pertandingkan di Kelab Rahman Putra Malaysia di Sungai Buloh pada 28 Sep 2011. Tahun lepas pada 28 Sep 2010 di Kinrara Golf Club.
Chairman pertandingan tahun ini ialah Dato Amirudin Aladad Khan.
Saperti biasa kita cuba adakan practice round dulu sabelum bertanding. Maklumlah jarang kita bermain digelanggang ni. Last kita main disini pada 21 Julai 2011. Itu pun atas desakan Dato Malek Shahar – Orang Tepeng.
SMS Convenor kita, RHM, pada 20 Sep berbunyi ‘ Practise Round SEBTRO. Rate for Non Members RM 110 & Members 50 (G’Fee + Buggy + 1 Caddy/Flight + Prizes). Breakfast & Lunch Sdn Bhd”.
OK lah tu. Tambahan pula diadakan pertandingan sampingan yang dikendalikan oleh kelab yang di panggil ‘Walk In Golf Challenge’. Kita juga layak menyertai pertandingan ini dengan ahli ahli kelab yang lain. Saya percaya pertandingan ini ialah untuk mengalgalakkan ramai lagi penyertaan oleh golfers samaada members maupun non-members.
Sampai je dikelab, dah ramai members kita berada.
Membayar keConvenor. Pas tu bersarapan. Nampak banyak yang order nasi lemak. Kegemaran orang Malaysia.
Saya tak order kerana dalam perjalanan sudah ‘takeaway’ Sausage McMuffin dari McDonalds. Kira nya breakfast dalam kereta. Bila sampai dah ready untuk berjuang.
Mengikut senarai, ada 6 flights, 24 members. Mengikut penerangan, patutnya ada 6 caddy lah. Tapi kurang satu. Kena tunggu atau mengikut pembantu dikawasab buggy ‘kita akan hantar’. Dulu caddy tunggu golfers, sekarang golfers tunggu caddy’. Ini case ‘Supply & Demand’. Demand terlalu tinggi hinggakan ‘caddy’ boleh dictate terms lak. Atau pengurusan yang lemah. Tanya juga mana Caddy Master. Tak masuk lagi. Dia masuk jam 0900. Oh Gitu.

Glithches macam ni kita kena terima sebagai panduan. Maklumlah kita ni ‘Guests’. Ditee box lak, kita terpaksa tee-off mengikut atursusun ‘first come first serve’.
Still OK, tapi ada juga member club yang kurang ceria pagi tu. Sebutan nya pun bukan macam ‘golfers’. Biarkan Biarkan.
Oleh sebab tak biasa dengan kelab ni, apabila tee off tu macam cuaca lah. ‘Hujan petir disana sini’. Lubang nombor 1 tu sangat mengancam. Kanan kolam, kiri gaung. Yang masaalah nya nak ke tengah. Tenang kesana kelain lak bola tu gi.
Saya bermain satu flight dengan Tan Sri Hashim Meon (TSHM),
Dato Mokhtar Perman dan Dato Tairobi AR (DaTaRaz).
DaTaRaz saperti diketahui umum, pabila cuaca redup dia menyerlah. Bila matahari memancar akan berterabur sikit. TSHM mengikut cerita dah lama tak bermain. Nampak lah karat sikit permainan nya. Tapi masih dengan penuh minat. Dato Mokhtar Perman, handicap 12. Kadang kadang menyerlah, kadang kadang tersalah. Still, kita enjoy outing kita. Harap harap pada 29 Sep ni, permainan semua akan bertambah baik.


Oleh sebab lunch bersendirian dan beberapa jemputan ‘Open House’, kita ‘Own Time’ selepas tamat permainan. Ada yang terus balik selesai permainan. Di Golfers’ Terrace, saya terlihat acara pemberian hadiah. Dari staf kelab kepada Isman Azimy. Rupa nya di menjuarai pertandingan ‘Walk In Golf Challenge’ yang diadakan. Dan tempat ketiga dimenagi oleh Dato Amirudin.
Tak sedar pun saya pertandingan tu pun dijalankan. Kalau (Lau) tau, pasti main dengan labih baik. He He He He He.
Oleh sebab tiada acara pemberian hadiah pada hari tu, maka hadiah akan di bagi pada pertandingan minggu depan lak. Keputusan keseluruhan pada hari itu adalah saperti dipamir dibawah.
Penulisan dalam blog selepas pertandingan tahun lepas berbunyi:
‘Pertandingan ini terhasil dari kumpulan SetiakawanGolf suka akan prtandingan merebut piala. Kita telah mengadakan banyak pertandingan, kebanyakan nya stroke play. Lepas tu kita adakan stableford play. Tiba giliran untuk bogey play. Tambahan pula ada penganjur piala dan perbelanjaan berikutan. Piala Bogey Play ini telah ditimbulkan pada awal tahun dan apabila sanggup ditaja oleh Dato Johar Murad, maka, perancangan melaksankan nya diteruskan oleh jawatankuasa. Saperti biasa kebanyakan aturan dilaksanakan oleh Raden Hamzah Masood (RHM). Banyak lah SMS diterima. Pertama nya untuk menyiarkan berita tentang pertandingan ini, selepas tu memujuk penyertaan dari members, diikuti dengan syarat syarat pertandingan, mengemaskini akan penyertaan, aturan sarapan dan makan tengah hari dan akhir sekali ingatan sekali lagi butir butir pertandingan termasuk masa tee off. Kali ni shotgun start. Ini juga bermakna semua kena datang awal, menikmati sarapan dan bergerak ke tee box yang telah ditetapkan.
SMS yang diterima pada 26 Sep berbunyi “ Got 12 flights for SEBTRO. Damage RM 130 (G’fee + buggy + Ins + B’fast + lunch + I caddy per flight + lots of prizes + hole in one) Hole in one bagi all the par 3’s.
SMS terkini pada 28 Sep berbunyi “ Good networking, right strategy & strong negotiations enable us to obtain shotgun start . Tapi impian ku esok bukan nak jadi JUARA tapi we should tee off 0800 hrs.
Sibuk betul Convenor kita. Itu yang kita tahu. Sebalik ini entah apa lagi yang beliau perlu hadapi dan mengalami. Kita cuma mengiktiraf akan penglibatan nya.’

Salam.