Thursday, November 24, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DINILAI SPRINGS G&CC PADA 23 NOVEMBER 2011



Minggu ini, Setiakawan mengadakan permainan mingguan nya di Nilai Springs G&CC. Mengikut cerita (melalui MJHim) ada 8 flights. 32 peserta. OK lah tu. Keputusan adala h saperti dipamirkan.

Nampak nya Dato Mokhtar top. Mungkin dia boleh kekal top-ranked dalam SEGOY pada bulan Nov ni. Kol Abdullah Khir dah tak timbul lak. Deputy Champion, Hj Malek Hormat. Dah lama tak nampak nama nya. Bagus lah Ji, masih boleh kejar yang lain.

Salam

Wednesday, November 23, 2011

SETIAKAWANGOLF GOLFER OF THE YEAR SEHINGGA OCTOBER 2011



Golfer of the Year sehingga akhir bulan Sep 2011 ialah Kol Abdullah Khir dengan 881 points. Akhir bulan Okt ni lak bertukar. Member no 2 sekarang ni Nombor Satu lak. Dato Mokhtar Perman kini mendahului dengan 949 points

sementara yang kedua Kol Abdullah Khir dengan 939 points.

Ketiga Kol Dol Ngajis dengan 931 points.

Dekat aje. Members yang Top Ten tu memang hampir orang yang sama melainkan segelintir yang telah bermain dengan baik, maka nama naik lah.
Kalau mengikutkan kedudukan FedExCup yang baru berakhir top ten kita dengan Top Ten FedExCup adalah saperti dipamirkan:


Keseluruhan ialah saperti berikut:








Salam

Pas ni SEGOY hingga akhir Nov 2011 lak.

Saturday, November 19, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIKAWANGOLF DI STAFFIELD GOLF RESORT PADA 16 NOVEMBER 2011





Terima juga tawaran RHM untuk bermain di Staffield Golf Resort pada 16 Nov lepas. Tapi terpaksa menolak. Tertanya juga berapa yang merancang bermain pada hari tu. Selalu nya dimaklumkan. Jadi tak pasti lak berapa yang bermain pada hari. Yang ada cuma keputusan. Yang dapat hadiah seramai 9 peserta. Saya anggarkan dalam 32 pesrta kesemua nya.
Keputusan pada hari tu adalah saperti dipamirkan.

Keesokan hari nya beberapa members telah mengunjungi saya. Maklum lah sakit dah lama. Muka tak muncul lagi. Sayang lah agak nya mereka menjenguk.

Kita bersembang di OPIS saya disebelah rumah.

Mereka bawa roti canai.
Ingatkan sakit tak berselera rupanya roti canai ok. Terima Kasih saya kepada mereka. Opis saya ni opis umum,
termasuk harta SetiakawanGolf. Cuma tak complete design. Lepas ni should look better.
Salam.

Tuesday, November 15, 2011

SETIAKAWANGOLF GOLFER OF THE MONTH – OCTOBER 2011


Golfer of the Month bulan September 2011 ialah Kol Abdullah Khir.Bulan ni tukar orang lak. Member baru. Memang menyerlah. Pada bulan ni je dia dapat nombor satu 2 kali dan nombor 3 sekali. Jumlah points dia ialah 146.

Kapt Salinin telah menunjukkan permainan yang baik hingga Top bulan Oktober 2011.


Kol Dol Ngajis masih dalam senarai Top 10. Bagitu juga Kol Mohammed, Dato Mokhtar Perman,
Raden Hamzah,Kol Mutalib,SF Yap, Kol Ramli Kinta dan Dato Roslan Hanafiah.










Keseluruhan sehingga akhir bulan Oktober 2011 akan dipamirkan selepas ini.
Salam

Monday, November 14, 2011

PERKARA PERKARA TERBENGKALAI






Hello Members Sekelian,
Saya perlu menuntut maaf. Sejak kita pulang dari Bandung pada 21 Okt 2011 hanya berita berita SIM saje yang tersiar. Walhal banyak lagi berita yang patut dipos untuk maklumat umum. Maklumat maklumat ada saya terima dari Dato Amin, cuma tak sempat diposkan. Mungkin ramai maklum bahawa saya uzur. Dijangkiti ‘ pneumonia’. Paru paru berair. Dari awal ke Bandung hingga pulang tersadai di hotel. Tak dapat turuti aktibiti Setiakawan. Tak kurang yang menawarkan khidmat, nasihat dan cadangan ubata ubatan.Terima kasih saya ucapkan.
Pulang ke KL, dimasukkan PPUM selama 8 hari. Telah keluar pada 28 Okt. Pulang kerumah. Tak reda juga. Masuk IJN lak pada05 Nov 2011. Seminggu lagi. Kira ni kes teruk.
Anyway celah celah tu cuba juga mengirim berita tentang Setiakawan, tapi tak terdaya. Ini nampaknya boleh sambung balek.
Yang tercicir ialah permainan mingguan kita pada 27 Okt, 02 Nov dan 09 Nov 2011. Dipamirkan dibawah ni keputusan keputusan permainan Mingguan kita.


Salam









Pas Ni Ranking Bulan Oktober Lak