Sunday, April 29, 2012

SETIAKAWANGOLF INTERNATIONAL MASTERS 6/2012 DI HUA HIN DAN BANGKOK PADA 22 SEHINGGA 27 APRIL 2012

SIM 2012 telah dirancangan untuk ke Bangkok dan Hua Hin selama 5 hari dan 4 malam dari 22 Apr hingga 27 Apr 2012. Satu malam di Hua Hin dan 3 malam di Bangkok.  Nampaknya SIM kali ini tidak mendapat sambutan dari ahli ahli SETIAKAWANGOLF kerana hanya 14 ahli sahaja yg dapat ikut serta.Ahli ahli yg ikut serta adalah:
  1.   Tan Sri Hashim Meon beserta Puan Sri
 2.   Dato Nawi Alias
 3.   Dato Malek Shahar
 4.   Dato Hashim Yahaya
 5.   Datuk Khalid Saad
 6.   Datuk Roslan Hanafiah
 7.   Kol Mutalib Mohd Salleh
 8.   Kol Kamaruddin
 9.   Supt Bahar Nordin beserta isteri
 10.  Kapt Yahaya Ismail
 11.  Hj Rahim Kassim beserta isteri
 12.  Hj Hussin Dos
 13.  Sdr Nazri Sulaiman
 14.  Dato Amiruddin Mahmud
  HARI PERTAMA...Ahad 22 Apr
 Semua peserta berlepas dari KLIA dengan menaiki penerbangan MAS MH 782 pada jam 2.15 petang. Sampai sahaja di Bangkok kami telah disambut oleh tour guide Miss Jenny


dan terus dibawa ke Hua Hin dengan menaiki bas. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Kami ditempatkan di City Beach Resort Hotel.
HARI KE 2...Isnin 23 Apr
 Hari pertama Pertandingan SIM...kami bermain di Black Mountain Golf Club yang sangat terkenal di rantau ini.
 Bak kata orang...A MUST PLAY course. Okeh kerana course ini tersangatlah cantik, hampir semua peserta telah bermain dengan baik yang dapat dibuktikan dari keputusan pertandingan seperti dibawah:


Dato Nawi telah bermain dengan sungguh cemerlang. Dengan keputusan nett 64 adalah sukar bagi pemain lain untuk "memintas" beliau. Saya seperti tak percaya apabila diberi tahu score yang dibuat oleh Dato Nawi sehinggalah saya melihat score card beliau. Riuh rendah lah bila Deputy President kita dapat bermain dengan baik. Macam macam cerita boleh didengar...dapat 12 par lah, putt 25 kali sajalah,  menang banyak lah dan macam macam lagi. Tahniah Dato.
 Seperti juga di kejohanan SIM yg terdahulu, kami akan mengambil kira 2 score dari permainan yg ditetapkan sebagai permainan untuk kejohanan. Tetapi bagi kejohanan SIM kali ini kami telah sama sama bersetuju untuk menggunakan score di Black Mountain sebagai score wajib dan score yang terbaik antara Suwan dan Vintage untuk mendapatkan overall result

Kami meninggalkan Hua Hin untuk ke Bangok pada jam 2.30 petang dgn menaiki bas juga. 3 jam lebih lagi dalam bas dan kami terus dibawa ke tempat penginapan di Metro Resort Hotel.  Disebelah malam acara bebas. Ada yg mengambil kesempatan membeli belah digerai gerai di kaki 5 sepanjang jalan kiri dan kanan hotel. Tidak kurang pula yang pergi untuk melonggarkan otot otot dengan foot massage yang memang menjadi industri pelancongan utama di Thailand.
HARI KE 3...24 Apr
Pertandingan SIM KE 2...bermain di Suwan Golf Club.

Aduhai Nazri, apasal la awak bawa kami bermain di golf course ini. Nampak saja flat dan senang tetapi tersangatlah mencabar...water everywhere. Saya sendiri hilang 7 biji bola (baru u) yang telah terjun ke dalam kolam yang bersepah sepah di seluruh golf course ini. Oleh kerana course ini tersangat susah, score pun jadi hancusss....lihatlah keputusan dibawah:


Dalam perjalanan pulang, semua peserta telah bersetuju supaya Suwan Golf Club ini dijadikan "kawasan larangan" untuk Pertandingan SIM dimasa akan datang.  Selain daripada mencabar, caddie juga tidak boleh diharap. Kami percaya masih banyak golf club di Bangkok yg "sesuai" untuk ahli ahli SETIAKAWAN bermain.
Sampai di hotel kebanyakan peserta pergi makan tengah hari di Restoran Mak Yah yang terletak di jalan yang sama dengan hotel lebih kurang dua par 5. Makanan boleh tahan saja tetapi harga agak mahal.
Di sebelah malam acara bebas. Bilik saya telah dijadikan operation center untuk makan "mango sticky rice" dan "durian sticky rice" yang dibelanja okeh Capt Yahaya. Maka malam itu saya dan room mate saya, Kol Mutalib tidor dengan ditemani aroma durian.
HARI KE 4...25 Apr
 Pertandingan SIM yang ke 3 dan terakhir telah diadakan di Vintage Golf Club.

Course ini jauh labih senang dibandingkan dengan Suwan. Ada juga air tetapi tidaklah sebanyak Suwan. Tidak ramai peserta yang bola mereka pergi berenang. Saya hilang hanya sebiji sahaja. Keputusan seperti berikut:





















KEPUTUSAN KESELURUHAN
1.   Champion - Dato Nawi Alias dengan combined score 138
2.   Deputy Champion - Datuk Khalid dengan combined score 144
3.   Assistant Deputy Champion - Hj Rahim Kasim dengan combined score 146

Disebelah malam telah diadakan Grand Dinner di Restoran Mak Yah.

 
Patron kita, Tan Sri Hashim Meon telah menyampaikan hadiah yg berupa wang kepada pemenang pemenang untuk semua pertandingan. Dalam hitungan saya, Dato Nawi mendapat habuan yang terbanyak kerana dia dapat hadiah untuk ke tiga tiga hari pertandingan serta juga sebagai overall champion. Tahniah Dato Nawi. Malam itu dia belanja kami naik "tut tut" selepas habis sesi urut kaki. Terima kasih Dato Nawi.
HARI KE 5....26 Apr
Hari terakhir...kami menaiki penerbangan MAS MH 789 yg berlepas dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Suvarnabhumi tepat pada waktu yang dijadualkan iaitu jam 2.15 petang.
Sungguh pun SIM BANGKOK/HUA HIN tidak mendapat sambutan yang menggalakan,  namun ianya telah berjalan dengan lancar dan tetap meriah seperti juga SIM SIM yang lain. Saya sebagai Pengerusi SIM ingin merakam rasa penghargaan kepada semua peserta, khusus kepada Tan Sri Hashim Meon serta Puan Sri Noraini yang telah mengikuti semua SIM sejak mula diadakan. Begitu juga kepada Dato Nawi Alias yang bukan sahaja tersangat aktif tetapi juga telah memantau perancangan SIM dari masa ke masa agar SIM dapat berjalan dengan lancar.


Sehingga kita berjumpa lagi dalam SIM yang akan datang



Friday, April 27, 2012

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN MEI 2012

Bulan April senarai members seramai 99 orang, bagi bulan Mei ni lak, hanya ada 97 je. Tak tau lak kemana 2 pegi. Dulu ada 9 single handicapper, sekarang hanya 8 je. Dato Amiruddin dah terkeluar. Sekarang dia handicap 10. Handicap belasan seramai 57 dan puluhan seramai 32. Kalau ratio handicap SetiakawanGolf ialah  8:59:33. Kita patut besarkan angka dikiri, baru Setiakawan terra.
Dipamirkan handicap kita bagi bulan Mei 2012.




DiConggak Oleh:

 Enjoy

 









Thursday, April 26, 2012

MEMBERS SETIAKAWANGOLF DI THAILAND




 Terkini saya menerima keputusan serta gambar dari Dato Khalid. Apa yang difahamkan, members kita dah bermain di 3 course. Black Mountain,

 

The Royal Hua Hin
 
kedua dua nya di Hua Hin dan The Vintage Golf Course

  
di Bangkok agak nya. Keputusan pun saya terima. Mengikut kiraan, saya rasa mereka kira keputusan Hari 1 dan Hari 3 je. Keputusan yang di congak adalah saperti dipamirkan:

Cuma mengikut computer, champion terbaru Dato Nawi Alias dapat net 140, tapi dari Datuk Khalid dia dapat 138. Tak kira lah. Memang dia bermain hebat. Terutamanya Hari 1.  Net 64. Macam home course je.
Gambar tak terima lagi. Kita tunggu Datuk Khalid antar, kalau ada saya akan poskan.
Salam.

Wednesday, April 25, 2012

MEMBERS SETIAKAWANGOLF DI THAILAND




 


Ini macam ulasan selari lah. Mengikut Chairman SIM, Dato Khalid Saad, kumpulan Setiakawan telah pun tiba di Hua Hin. Dah 2 kali main golf dan satu kali picit kaki. Ia ke tu?
Diturunkan keputusan selama 2 hari permainan:


Hari pertama bermain di Black Mountain Golf Course


dan Hari Kedua bermain di Royal Hua Hin Golf Course.


Turut diturunkan ialah gambar yang dikirim melalui IPhone Dato Khalid.










 

Cerita selanjutnya akan menyususl.
Salam

Sunday, April 22, 2012

SETIAKAWANGOLF BERMAIN DI HUA HIN, THAILAND












Mengikut cerita kumpulan SetiakawanGolf telah pun berlepas ke Thailand pada tengah hari Ahad, 22 Apr 2012. Mereka akan ke Bandar Hua Hin. Rancangan nya bermain di Royal Hua Hin Golf Course.

Dari segi penempatan, sila lihat peta lokasi berikut.

Tak pasti tinggal di mana. Tapi kalau di Dhevan Dara, bagini lah tempat nya.


Baru confirm, rupa nya duduk di City Beach Hotel.


Kami di Malaysia mengucapkan selamat pergi dan selamat Kembali. Di sana pertandingan SIM yang ke 6 akan diadakan. Johan bertahan ialah Izman Azimy. Lepas ni sapa lak akan memegang nya.
Kita tunggu mereka kembali kelak.
Salam. 

Thursday, April 19, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 18 APRIL 2012 DI KELAB GOLF SULTAN ABDUL AZIZ SHAH
























 Kita tukar udara lak. Kali ni ke Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah atau KGSAAS. Permainan mingguan kita pada 18 Apr 2012 kesana dan diriringi makan tengah hari di rumah Tan Sri Hashim Meon. Saya rasa kita ke KGSAAS atas desakan Tan Sri. Adalah nak diraikan. Tak tahu lak saya. Tak kan dapat anugerah Maal Hijrah yang kedua kot.
Anyway keputusan permainan hari tu saperti dipamirkan:


Champion kita ialah Izman Azimi. Net score 65. 7 under. Wow, hebat orang muda ni. First time Nampak member kena potong 2 stroke. Dulu handicap 7 la ni dah bermain di 5 lak. Tak lama sama dengan Dol Ngajis. Deputy Champion tak kurang hebat. BG Rahman J dapat net 67.



 5 under. Kena potong 1 stroke je. Dulu 24, la ni 23 lak. Dulu dia main 18. Cuba capai handicap lama Squad.





Lunch di kediaman penaung kita, Tan Sri Hashim Meon.



 
Dia baru sampai dari Sydney pada 17 Apr. Bila dimaklumkan kita merancang bermain di KGSAS, dia terus tawarkan lunch. Syukur Alhamdulillah. Sumbangan Tan Sri dan Puan Sri akan kami kenang.

Saya tak gi, tapi saya dah jangka laut nya mesti ‘Nogri bias’. Gambar gambar yang diambil Ibrahim Mohamed dipamirkan sebagai kenangan.
Salam