Thursday, January 31, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BUKIT UNGGUL GOLF RESORT PADA 30 JANUARI 2013

 


Kalau minggu lepas hanya 23 orang je menyertai Weekly Outings (WO) kita, minggu ni bertambah lak ke 36 orang. Peningkatan sebanyak 57 peratus. Bagus tu. Jumlah flight kita kebiasaan nya 8 ke 12 flight tiap tiap minggu. Saya akui ada challenge menchallenge sesame kita. Kebanyakan nya hendak challenge juara juara pertandingan kita baru ni. Kalau challenger menang seronok lah. A good morale booster, selain dari imbuhan yang diterima. Yang penting nya permainan dimainkan secara ‘gentlemen’. Kalau nak balas d----- boleh lah minggu berikut nya tapi tak lah boleh asik main dengan flight yang tu aje.
Keputusan saperti dipamirkan:
Champion kali ni, Hj Malek Dato Hormat.
Tahniah Ji. Minggu lepas dia no 4. Kali ni turus podium. Dia pelan improve nampak nya. Tapi handicap kena potong juga lah.Ke2 Kol Abdullah Khir. 
 
Dia pun dah lama tak naik podium. Well done Jack. Yang Ke3 ialah Mej Rustam Ramli.
 Dulu dia ‘ayam tambatan’ Dato Khairuddin. Dolu dolu. Sekarang masih kukuh. Simpan itu Masa.
Salam

Wednesday, January 30, 2013

Friday, January 25, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BANGI GOLF RESORT PADA 23 JANUARI 2013


 
Pada petang 23 Jan saya terima SMS mengatakan
 ‘today 5 under ok’.
Jawab saya ‘Wow. Pelan terra Nampak. Tapi orang takde. Goncangan kurang. Boleh lah’. Jawab dia ‘Betul Kot’.
Jawab saya’ ‘Betul lah tu. Champion ke?’.
Balas nya ‘ 5 under. Mestilah lah johan’.
Bagitulah message kami. Tertunggu juga keputusan dari Panglima Handicap. Bila terima ‘confirm’ dia champion. Tahniah kepada Dato Hashim Yahaya diatas kejayaan nya. Handicap kena turun lagi ke 21. Memang terra kawan saya ni.

Penyertaan selepas SACHA & SEGOY dah menurun semula. Kali ni Cuma 23 je menyertai. Ialah, penghujung tahun. Macam macam aktibiti akan berlangsung termasuk nak kahwinkan anak.
Keputusan pada WO kita kali ni saperti dipamirkan:



 

 


Anak sape ke ni?





Salam

Friday, January 18, 2013

KEJUARAAN SETIAKAWANGOLF ANNUAL CHAMPIONSHIP DAN GOLFER OF THE YEAR PADA 16 JANUARI 2013 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT


 
Kejuaraan SACHA dan SEGOY bagi tahun 2012 telah diadakan di Staffield Country Resort pada 16 Januari 2013. Memang lazim nya kita adakan pertandingan ini pada bulan Januari untuk tahun sabelum nya. Kali ni penyertaan seramai 52 orang.
Yang layak menyertai ialah 70 orang, kita anggarkan seramai 68 akan menyertai.
 
Rupanya hanya 52 orang je yang dapat turut serta. Itu pun bagi SEGOY seramai 23 orang dari 24 yang layak. Juara tahun 2011, Dato Mokhtar Perman tidak dapat hadir. Bagi SACHA seramai 29 orang je. Keseluruhan 52 orang. Kesemua nya layak untuk SACHA tapi hanya 23 orang je layak untuk SEGOY.
Tak kurang hebat suasana dan semangat dikawasan Staffield. Kesemua mencuba sebaik boleh. Macam biasa banyak kelohan dan sorakan kedengaran. Gak nya yang ada 3-1-1 tu lebih kuat bunyi nya.


 


 

 

 
 

 

 


 

 


 
 


Majlis Penyampaian hadiah di adakan di Peppers di kelab tu.
 Didahului oleh makan tengah hari.
 
 
 Sambil makan sambil bercerita. Suasana keriangan.
 
Tertunggu keputusan yang sedang di kira. Vice Captain Dato Tairobi memberi penerangan berkaitan Skedul Aktibiti Setiakawan untuk tahun 2013.
 Beliau ingatkan bahawa skedul tu secara am dan masih perlu ditetapkan tarikh tetap nya. Tapi tak akan berubah banyak. Beliau juga menerangkan Senarai Ahli Setiakawan 2013 yang telah diedarkan hari tu. Terdapat seramai 115 ahli. Ahli Biasa seramai 61 dan Ahli Kasual seramai 54 orang.  Dato Presidente dijemput memberi ucapan,
 
Akhirnya Kol Mutalib menjelma dan membawa keputusan kepada DatoPresidente untuk makluman. Seterusnya Kol Ramli Kinta pengacara majlis meneruskan acara.
 

Tahniah Dato Nawi Alias kerana menjadi Champion SEGOY.
Pada mula pertandingan dia ditempat kedua dengan 4,800 points. 200 point dibelakang Dato Tairobi. Tapi Dato Tairobi hancus maka Dato Nawi jadi champion. Deputy Champion lak ialah Dato Khalid Saad. Pada mula pertandingan dia nombor 6 dengan 4000 points. Selepas diconggak dia dan Dato Nawi sama point – 9000. Tapi dia jatuh nombor 2 kerana OCB. Handicap dia 18 lebih dari Dato Nawi, 16. Assistant Deputy Champion ialah Kol Mohammad Abdullah dengan 8,800 point.
Keputusan Keseluruhan dipamirkan.

 


 
 


 

 





 

 
 


 

 

 


 

 

 

  Salam


ps: Gambar tambahan akan di muatnaik bila gambar siap.