Thursday, February 28, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 27 FEBRUARI 2013 DI BANGI GOLF & COUNTRY RESORT


 
Kali ni kita bermain di Bangi lak. Seramai 24 orang. 6 flight je. Kurang balek. Nak kata ada keluar stesyen, setahu saya yang ke Lumut dah pun balek. Berehat kote. Atau dah cover ketiadaan dirumah semasa kesana.
Tahniah kepada Hj Rahim Kassim.

Dah lama dia tak naik podium.
Bagitu juga convenor kita.
Ke2 nampak nya. Handicap dah 23 lak. Dulu 24.
Dan Kol Abdullah Khir Ke3.

Setahu saya ini juga Monthly Medal. Kedudukan masing masing dalam Medal bulan ni tak pasti lak. Kita tunggu dari Panglima Handicap.
Keputusan permainan saperti dipamirkan:


Salam

Saturday, February 23, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI SERI SELANGOR GOLF & COUNTRY RESORT PADA 20 FEBRUARI 2013


 Minggu ni kita bermain di Seri Selangor G&CR. Dah lama tak ke sana. 34 pemain. 9 flight. Makin bertambah members menyertai WO kita. Harap harap akan bertambah lagi.
Tahniah kepada Kol Ali Hussin.

Main under lak. Tak rugi datang dari jauh. Melaka. Mungkin kali ni dia tidur di KL gak.
Ke2 Bowmanaf Hussin.

Bin Hussin jugak. Takde kaitan.
 Ke3 ialah Kol Ramli Kinta.

Tahniah Bro.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:

 


Salam.

Saturday, February 16, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 13 FEBRUARI 2013 DI TASIK PUTERI GOLF & COUNTRY CLUB


 


Minggu ni penyertaan dah bertambah kepada 27 orang. 9 flight. Gi jauh sikit. Ke tasik Puteri G&CC. Baru kita kembali ke course ni, kerana sabelum ni keadaan course tak bagitu baik. Mengikut cerita dah pulih dah. Boleh kita bermain lagi ke sana.
Keputusan saperti di pamirkan:
Tahniah kepada Dato Amin kerana jadi champion.

 
Net score 67 - 5 under. Kena potong handicap kepada 16.
Ke2 Dato Nawi dengan net 70 – 2 under.


Ke3 Dato Tairobi dengan net 71 – 1 under.
 
Top 3 kali ini main under.
Nampak ada member baru dan juga member lama meyertai kali ni.

Semoga bertambah lagi penyertaan untuk minggu minggu berikut nya.
Salam.

Thursday, February 7, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI NILAI SPRING GOLF & COUNTRY CLUB PADA 06 FEBRUARI 2013


 
Dah nak cuti panjang ni, nampak nya tak ramai yang bermain WO kita. Hanya 20 orang je. Keputusan saperti dipamirkan:




Tahniah kepada Hj Jamaluddin Rahman kerana mendapat net 64. Itu lapan under. Kena potong handicap lak. Dulu 21 sekarang bermain di 18. Kena potong 3. Memang terra. Ada driver baru kot. Tahniah juga kepada Dato Amin Salleh ditempat Ke2 dan Dato CheGu Nasir ditempat Ke3. Selain dari Hj Jamal, yang lain main OVER. Macam jaga handicap je. Terpulang.
Salam. 


Saturday, February 2, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU

 Malam ni, 02 Feb 2013,  kita akan ke majlis perkahwinan. Setahu saya Dato Jasmay Shah jemput.


Tak pasti lak sape anak nya tu. Ternampak ada artis nak kahwin. Dia binti Jasmay. Nama nya Liyana. Mungkin ini anak Dato Jasmay. Ini mengagak je. Kalau lah betul, kita members SetiakawanGolf mengucapkan tahniah kepada Dato Jasmay menerima menantu.

 
Kepada Liyana dan Fathuddin Mazlan -  Selamat Pengantin Baru. Kami doakan kebahgiaan dan kejayaan dalam mendirikan rumah tangga. 


Salam dari kami

RANKINGS SETIAKAWANGOLF JANUARI 2013



 Panglima Handicap kita, Dato Amin Salleh, telah memaklumkan bahawa bagi bulan Januari 2013, hanya satu rankings je ditetapkan. Ini kerana kita baru mula rankings bagi tahun 2013. Jadi top ranking bulan Januari 2013 dan bagi keseluruhan tahun 2013 orang sama. Ada 5 minggu dalam bulan Januari. Top ranking ialah Dato Khalid Saad. Dia main full. Lima kali. Nombor 2 dan 3 bermain 4 kali je. Nombor 4 lak bermain 2 kali je, masih dapat 191 points kerana semasa SACHA dia dapat nombor 1 dapat 100 points. Berbeza dengan Weekly Outings biasa, maximum hanya 50 points.
Rankings kita bagi bulan Januari 2013 saperti dipamerkan:

Tahniah kepada Dato Khalid kerana mendahului. Dalam senarai FedEx  Cup, Brian Gay mendahului. Top Ten saperti disenaraikan.
 





 



DiConggak Oleh:

Salam

Friday, February 1, 2013

HANDICAP SETIAKAWANGOLF FEBRUARI 2013


 

Kita dah masuk bulan Februari 2013. Handicap pun berubah. Kali ni pecahan saperti di pamirkan:
Handicap    November 2012    Disember 2012    Januari 2013    Februari 2013
Single                   10                           11                        11                         6
Belasan                69                           72                        73                       46
Puluhan                38                           38                        40                       24
Jumlah               117                          121                      124                       76


Kalau bezakan jumlah angka dari bulan Januari, jauh beza nya. Seramai 48 orang atau 38%. Tak pasti mengapa bagitu ramai berbeza. Ini saya harap Panglima Handicap akan jelaskan.
Anyway, handicap kita bagi bulan Februari 2013 saperti dipamirkan:

 

DiConggak Oleh:
 
Salam